Pengat pisang
Bahan-bahan :
Pisang (dipotong menyerong)
Gula melaka
Gula pasir
Secubit garam
Biji sagu
Santan
Daun pandan (diikat)
Cara Membuatnya :
1. Masukkan santan, gula melaka,
gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula melaka larut
dan mendidih dengan api perlahan.
3. Masukkan pisang dan biji sagu.
Biarkan hingga sagu masak. Tutup api.
4. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment