Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Ayam goreng stylo





Ayam goreng stylo

Bahan-bahan

- 1 ekor ayam – dibersihkan dan dipotong 12 bahagian
- 1 inci halia - dihiris
-  1 biji bawang merah – dihiris
- 1 batang serai – dihiris
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
-  1 sudu besar serbuk kunyit
-  400ml santan
- minyak untuk menggoreng
- garam secukup rasa


Cara penyediaan

1. masukkan bawang merah,serai,halia,serbuk kunyit,serbuk ketumbar dan ¼  santan kedalam blender  - blend sehingga hancur dan sebati

2. tumiskan bahan yang telah dikisar kedalam kuali dan tumiskan sehingga naik wangi

3. masukkan ayam dan lebihan santan – masak sehingga ayam masak dengan api yang perlahan

4. kacau sehingga rata dan santan menjadi pekat dan kering

5. siap untuk dihidangkan


Selamat mencuba

Wednesday, 25 February 2015

Kurma Hati Ayam


Bahan-bahan:


1/2 kilo hati ayam 
3 sudu besr serbuk rempah kurma 
1/4 cawan air
 Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit perasa 
Sedikit serbuk lada hitam 
Sedikit perahan limau kasturi
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. bersihkan hati ayam dan perapkan dengan jus limau - lebih kurang 5 minit dan toskan

2. Gaul hati yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dan gorengkan hati ayam. - goreng sehingga garing

4. Gaul serbuk rempah kurma dengan sedikit air  dan tumiskan - tumis sehingga terbit minyak 

5. Masukkan garan dan serbuk lada hitam - gaulkan sehingga rata

6. Masukkan hati ayam yang telah digireng tadi dan sedikit jus limau- gaul sehingga rata

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Wednesday, 18 February 2015

Nasi Ayam Mantap






Nasi ayam

Bahan-bahan untuk nasi:

- 1/2 cawan marjerin
- 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
- 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
- 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
- 1 cm kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
- 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan ditoskan
- 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam



Cara-cara:

1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.

2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. 

3. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.

4. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi maak


Cara menyediakan ayam:-

bahan-bahan

- 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
- Garam
- Lada hitam yang baru dikisar
- 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
- 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
- 2 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar marjerin


Cara-cara:
1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.

2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.

3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.



penyediaan sos

bahan-bahan

- 5 - 6 biji cili merah
- 1 kiub pati ayam
- 2 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- garam dan gula secukup rasa
- 2 inci halia - diketuk


Cara-cara:
1. Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. 

2. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

selamat mencuba



Saturday, 14 February 2015

Ayam Goreng Madu


Ayam goreng madu

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
kicap manis
2 sudu besar madu

Bahan kisar:

2 cm kunyit
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 btg serai


Cara penyediaan:

Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.

Goreng sehingga ayam masak/keperangan.-Toskan. 

Gaulkan sekali lagi bersama madu.

 Sedia untuk dimakan




selamat mencuba

Monday, 2 February 2015

Kari Ayam Ala Mama




Kari Ayam Mamak

Bahan A (untuk tumis): 

4 ulas bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana – dihiris dan ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 ½ inci halia – ditumbuk

1 batang serai – dititik
1½ inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan B (untuk pes): 

3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu besar serbuk cili
(Satukan semua bahan di atas dan digaul dengan air untuk dijadikan pes)

Bahan C

1 biji buah tomato – dipotong dadu kecil
3 – 4 biji kentang – dipotong dadu besar
2 biji cili hijau
10 – 12 ketul daging ayam 
Minyak untuk menggoreng ayam
Garam, gula, dan serbuk perasa sekiranya suka
Air secukupnya untuk kuah mengikut kuantiti ayam.

Cara Penyediaan

1. Perapkan ayam dengan garam dan kunyit dan gorengkan ayam - sehingga separuh masak

2. tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.

3.  Masukkan pes dan kacau sebati - tumis pes sehingga menjagi sedikit garing

4. Selepas itu masukkan ubi kentang dan buah tomato yang dipotong dadu dan kacau seketika. 

5. Masukkan pula ayam dan tambahkan air secukupnya - untuk kuah dan kacau rata.

6. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.

7. Masak sehingga kuah mendidih dan ubi kentang empuk.Setelah kuah agak pekat, bolehlah ditutup api.

8. Masukkan cili hijau dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 27 January 2015

Ayam Kerutuk



Ayam Masak Kerutuk

bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong 16 

4 sudu besar rempah kerutuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 serai - dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis
bunga lawang
garam dan gula
semangkuk santan

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih

sedikit halia


Cara Penyediaan

1. tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis - tumis sehingga naik bau

2. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air - kacau rata 

3. masukkan ayam serta sedikit santan - Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.

4. masukkan serai dan baki santan, kerisik, asam keping,

5. Perasakan dengan garam dan gula

6. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Sunday, 25 January 2015

Ayam Masak Ungkep (Jawa)



AYAM MASAK UNGKEP

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi 

Bahan tumis:
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan



1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia yang dihiris nipis - sehingga garing.

3. masukkan bahan yang telah dikisar -  Tumis sehingga naik minyak.

4. masukkan ayam. tumis seketika

5. Masukkan air, serai yang telah diketuk - kacau seketika

 6. Masukkan garam secukup rasa. 

7. Masak sehinggaayam menjadi empuk dan kuah menjadi pekat

8. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Thursday, 8 January 2015

Ayam Ungkep



AYAM UNGKEP

Bahan-Bahannya:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 biji kentang - belah 4
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 sudu makan asam jawa + semangkuk air
3 sudu makan rempah kari daging - campur sedikit air untuk dijadikan paste... 


Bahan Tumbuk Lumat / Kisar:

1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
 2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:


 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. 

2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang - tumis sehingga wangi

3. Masukkan bahan tumbuk - tumis hingga wangi.

4. Masukkan paste kari - Tumis hingga terbit minyak.

5. Masukkan ayam. Gaul rata. Tutup periuk sebentar supaya ayam sedikit empuk

6. Masukkan air asam jawa. 

7. Masukkan kentang - masak dengan api yang sederhana dan periuk ditutup

8. Tambahkan garan dan perasa dan masak sehingga ayam menjadi empuk

9. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 30 December 2014

Ayam Paprik



AYAM PAPRIK

bahan-bahan

4 ketul ayam - dihiris kecil

2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air


cara penyediaan


Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.

Masukkan air. Masak hingga mendidih.

Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

Tutup api dan hidangkan

Saturday, 27 December 2014

Ayam Tomato



AYAM TOMATO

bahan-bahan

-1 ekor ayam - digaram kunyit dan digoreng hingga masak
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 2 biji bawang besar - dihiris bulat
- 4 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan kicap manis

- 2 biji tomato - dibelah 4
- 1 sudu teh cuka makan
- 1 batang serai - dititik
- 1 cawan air
-sedikit serbuk perasa

- garam


Bahan Tumbuk Lumat:

- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia


cara penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bahan tumbuk dan serai - hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, - tumis hingga pecah minyak

4. Masukkan kicap, sos tomato dan air - Biarkan mendidih.

5. Masukkan bawang besar, ayam goreng. - Masak hingga kuahnya agak pekat.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa - Kacau rata.

7. Masukkan buah tomato - Gaul rata. 

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba

Thursday, 25 December 2014

Sayap Ayam Melekat




SAYAP AYAM MELEKAT

bahan-bahan

- 13 ketul sayap ayam 
- 4 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu kecil maggi seasoning 
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 6 sudu makan madu
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- garam
-1 cawan air

bahan dikisar halus

- 2 inci halia
- 6 ulas bawang putih

cara penyediaan

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk - dikacau rata.

2. Perapkan ayam bersama bahan yang telah digaul tadi - perapkan sekurangnya 30 minit

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali

4. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi - goreng sehingga naik wanginya

5. Masukkan 1 cawan air - dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan ayam menjadi empuk

6. Tutupkan api dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 23 December 2014

Ayam Ungkep



AYAM UNGKEP

bahan-bahan

- 1 ekor ayam - potong mengikut citarasa anda
- 4 sudu rempah kari daing
- 4 helai daun limau purut
- 2 keping asam keping

bahan kisar

- 4 sudu makan cili kering - dikisar
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 4ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 batang serai
- 2 sudu biji ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih

cara penyediaan

1- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2-Tumis bahan kisar hingga wangi.

3- Masukkan rempah kari,-kacau hingga terbit minyak dan bau wangi.

4- Masukkan ayam,- dan masak sehingga ayam menjadi empuk

5- Masukkan air sekadar menutupi paras ayam.

6- Masukkan asam gelugor - masak seketika hingga mendidih
.
7- Masukkan daun limau purut, garam dan serbuk perasa.-Masak sehingga kuahnya pekat. 
(kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)

8- siap untuk dihidangkan