Sunday 30 November 2014

Ayam Masak Serai



AYAM MASAK SERAI

BAHAN-BAHAN

-1/2 ekor ayam-potong mengikut selera anda
-1 cawan santan pekat
-1 cawan air
-1 biji bawang besar-dihiris
-2 biji tomato-potong 4
-1 biji cili besar-di potong serong
-1 keping asam keping
-5 batang serai-dikisar
-1 inci halia-dikisar
-3 ulas bawang putih-dikisar
-1 biji bawang besar-dikisar
-5 sudu besar cili kering yang telah dikisar@cili boh

CARA PENYEDIAAN

1.tumiskan semua bahan yang telah dikisar-tumis sehingga naik minyak dan naik bau

2.masukkan ayam dan tumos ayam seketika

3.masukkan santan dan air-dikacau rata

4.-masukkan asam keping-biarkan mendidih seketika

5.tambahkan garam-secukup rasa

6.masukkan cili besar dan bawang besar yang dihiris tadi-masakkan sehingga layu dan ayam masak

7.masukkan tomato-jangan biarkan terlalu lama sebab nanti tomato akan menjadi terlalu lembik

8.tutupkan api dan siap untuk dihidangkan


selamat mencuba

Kuih Lapis



KUIH LAPIS

bahan-bahan

bahan A
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 cawan santan pekat
-garam secukup rasa 

bahan B
-1 1/2 cawan gula
-1 cawan santan pekat
-2 cawan santan cair
-daun pandan

bahan C
-serbuk koko-dibancuh
-perasa pandan
-pewarna hijau


cara penyediaan

1. masakkan atau renehkan bahan-bahan B dan biarkan sejuk 

2.gaulkan bahan A sehingga rata dan asingkan

3.campurkan bahan A dan B-gaul sehingga rata dan tapiskan

4.bahagikan kepada 2 bahagian-1 bahagian dicampurkan dengan bancuhan koko dan 1 lagi bahagian di campurkan perasa pandan dan pewarna hijau

5.panaskan pengukus-lapikkan penutup dengan kain supaya air tidak menitik ke dalam bahan yang kita kukus

6.sapukan loyang dengan minyak

7.kukuskan loyang sehingga panas

8.setelah panas tuangkan sedikit bahan yang telah dibancuh tak kisahlah yang koko dulu atau yang pandan dulu

9.setelah tunang kukuskan selama 5 minit dan lapiskan pula dengan warna yang berbaza-kukuskan lagi lima minit

10.begitulah berselang sehingga habis-yang paling last tu kukuslah salam 15-20 minit

11.setelah selesai biarkan sejuk-setelah sejuk baru di potong mengikut citarasa anda


selamat mencuba

Gulai Daging Bersama Rebung



GULAI DAGING BERSAMA REBUNG

bahan-bahan
-300gm rebung-dihiris
-1/2 kg daging-dicincang atau dihiris 
-5 sudu makan tempah kari daging
-1 mangkuk santan
-3 cawan air
-2 biji bawang besar-di hiris
-3 ulas bawang putih-dihiris
-1 inci halia-dihiris
-3 kuntum bunga cengkih
-2 kuntum bunga lawang
-1 sudu teh jintan manis
-1 batang kayu manis
-2 tangkai daun kari

cara penyediaan
1.panaskan minyak di kuali dan tumiskan bunga lawang,cengkih kayu manis,jintan manis dan daun kari-sehingga naik bau

2.masukkan bawang besar,bawang putih,dan halia-terus tumis sehingga bawang menjadi kekuningan

3.masukkan rempah kari daging dan sedikit air,tumis sehingga rempah masak dan sedikit pekat

4. masukkan daging-masak seketika

5.masukkan santan dan air-masak sehingga mendidih

6.masukkan rebung-masak dengan api yang perlahan dan masak sehingga daging empuk dan tambahkan garam secukup rasa

setelah daging empuk matikan api dan bolehlah anda menjamu selera

selamat mencuba


Saturday 29 November 2014

RENDANG AYAM ISTIMEWA


RENDANG AYAM ISTIMEWA

bahan-bahan
-1/2 ekor ayam
-3 cawan santan pekat
-5 sudu makan cili kering yang telah dikisar
-2 sudu makan kerisik
-2 helai daun kunyit
-1 inci lengkuas(dikisar)
-i nici halia(dikisar)
-1 inci kunyit hidup(dikisar)
-3 ulas bawang putih(dikisar)
-2 biji bawang besar(dikisar)

cara penyediaan
1-tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,lengkuas,kunyit hidup-tumis sehingga naik bau
2-masukkan cili kering dan daun kunyit
3-masukkan ayam-masak sehingga ayam setengah masak
4-masukkan santan(kalau terlalu pekat boleh campurkan sedikit air atau santan cair)
5-masak dengan api perlahan sehingga ayam masak
6-masukkan kerisik,garam
7-siap intuk dihidangkan

masak dengan api yang perlahan supaya ayam betul-betul masak

selamat mencuba 

KEK SPAN


KEK SPAN

bahan-bahan
-5 biji telur
-1 sudu kecil ovalette
-1 sudu kecil esen vanila
-300gm tepung gandum
-300 gram gula halus
-250ml susu segar
--1/2 sudu kecil baking powder
-garam secukup rasa
-pewarna(coco,pandan,vanila,strawbery dan blueberry)

cara penyediaan
1-masukkan telur ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan yang tinggi(hingga kembang)
2-campurkan gula ke dalam telur tadi dan kacaukan(sehingga sebati)
3-masukka tepung dan susu sedikit demi sedikit(gunakan kelajuan yang perlaha)
4-asingkan adunan kepada 6 bahagian
5-masukkan pewarna yang berasingan pada setiap bahagian(bahagian koko 2 bahagian)
6-masukkan lapisan pertama(koko)pada loyang dan kukus selama 10 minit
7-masukkan 4 bahagian yang berwarna lain secara berselang(kukuskan lagi 10 minit)
8-masukkan bahagian kedua koko dan kukus lagi 10 minit atau sehingga masak
9-siap untuk dihidangkan


*lapisan yang mengandungi 4 warna adalah lapisan yang sama

selamat mencuba

DAGING MASAK BLACKPEPER KICAP



DAGING MASAK BLACKPEPER KICAP

bahan-bahan
-600 gram daging_dihiris
-10 sudu makan kicap masin
-1 1/2 biji bawang besar(di potong bulat)
-2 biji cili besar(di potong serong)
-1 inci halia(dikisar)
-1 sudu makan blackpeper(ditumbuk halus)
-3 ulas bawang putih-(dikisar)
-1 biji bawang besar(dikisar)

cara penyediaan
1-peramkan daging dengan blackpeper,bawang putih,bawang besar yang telah dikisar dan halia-perapkan sekurangnya 1/2 jam
2-panaskan minyak dan tumis daging dan bahan perap tadi-tumis sehingga daging masak
3-masukkan sedikit air-2-3 cawan
4-masukkan bawang merah yang dihiris dan cili besar
5-perasakan dengan garam
6-masak sehingga bawang menjadi sedikit layu dan kuah menjadi agak kering
7-siap untuk dihidangkan

ok selamat mencuba

Friday 28 November 2014

KUIH PUTRI AYU



KUIH PUTRI AYU

bahan-bahan
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh bakin powder
-1 cawan susu cair
-3 biji telur
-1suduteh ovalette
-1 cawan gula kastor
-pes pandan
-sedikit pewarna hijau
-1bji kelapa parut
-garam secukup rasa
-1 sudu tepung jagung

cara penyediaan
1.ayakkan tepung gandum dan baking powder
2.di bekas yang lain campurkan ovalete dan gula(gaulkan guna mixer)
3.campurkan telur,santan ,tepung gandum yang telahdiayak ,pes pandan dan pewarna hijau (mixkan sehingga gebu)
4.di bekas yang asing campurkan kelapa parut,garam dan tepung jagung
5.masukkan kelapa yang telah dicampur padat-padat di acuan 
6.lapiskan dengan bahan yang tepung yang diadun tadi keatas kelapa yang telah dipadatkan di acuan
7.kukuskan lebih kurang dalam 20-25 minit
8-siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

SPAGHETI CENDAWAN



SPAGHETTI CENDAWAN

bahan-bahan

-extra virgin olive oil
-1/3 bungkus spageti
 -1 biji bawang besar(dipotong dadu)
-1/2 bungkus ayam kisar/daging kisar
-cendawan butang(yang dalam tin)kalau cendawan terlalu besar kena potiong sikit
-3/4 tin sos cendawan prego
-oregano
-cheddar cheese
-garam secukup rasa

cara penyediaan
1.rebuskan spageti dan toskan
2.tumiskan bawang besar dengan olive oil
3.masukkan daging kisar-masak sehingga daging masak
4.masukkan cendawan butang
5.masukkan sos prego
6.perasakan dengan garam
7.tambahkan sedikit air jika terlalu pekat
8.masukkan orengano dan cheddar cheese(gaul dan masak sehingga chesse menjadi larut)

semasa menghidang baru tuangkan kuah diatas spageti yang telah ditoskan tadi

selamat mencuba