Monday 25 May 2015

Baby Pak Choy Frittata



BABY PAK CHOY FRITTATA

bahan-bahan

-1 sudu minyak zaitun
- 1 ulas bawang putih - dihiris
- 60gm cendawan enorki
- 1 ikat baby pak choy
- 1 cawan @ 1 genggam taugeh
- 3 biji bawang - dihirais
- 6 biji telur
- 1 cawan krim
- daun salad

cara penyediaan

1. pananskan oven 180 darjah C.dan sapukan loyang dengan minyak zaitun 
2. panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan cendawan - masak sehingga cendawan menjadi empuk

3. masukkan taugeh dan baby pak choy - masak sehingga pak choy menjadi layu

4. kacaukan telur di dalam mangkuk besar dan masukkan campuran pak choy - gaulkan sehingga sebati

5. masukkan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven sehingga masak atau berwarna keperangan

6. siap untuk dihidangkan


selamat mencuba

Sunday 24 May 2015

Putik Jagung Bersama Kuah Sate



bahan-bahan

250gm putik jagung
1 1/2 sudu besar  crunchy peanut butter
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap soya
daun ketumbar


cara penyediaan

1. rebuskan putik jagung sehingga empuk

2. campukan semua bahan lain(kecuali daun ketumbar) di dalam periuk dan masak seketika dengan api yang perlahan - gaul sehingga sebati

hidangkan didalam mangkuk dan taburkan sedikit daun ketumbar

selamat mencuba

Baby Pak Choy berdaging



bahan-bahan

- 1/2 kilogram daging 
- 1 sudu campuran bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan lada hitam (yang telah dikisar)
- minyak zaitun
- bihun
- 1 ikat baby pak choy - disiang dan di cuci
- 300gm kobis panjang(wombok) - di hiris
- 2 biji lobak - dipotong macam mancis
- 1 cawan taugeh
- ketumbar
- 1 sudu besar jus limau
- 1 sudu besar kicap soya
- 3 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar minyak bijan

cara penyediaan

1. Perapkan daging dengan rempah yang telah dikisarkan

2. panaskan oven dengan suhu sederhana dan masukkan daging (masak sehingga daging masak)

3. Sementara itu rebuskan bihun didalam periuk sehingga lembut kemudian toskan

4. rebuskan baby pak choy,kobis panjang ketumbar, taugeh dan lobak - rebus sehingga sayur menjadi sedikit layu

5. campurkan sayur yang telah direbus bersama bihun dan gaulkan sehingga sebati

6.campurkan minyak bijan,kicap soya dan jus limau dan kacau sehingga sebati (perasakan dengan garam dan lada sulah)

7. letakkan campuran sayur didalam mangkuk dan letakkan hirisan daging diatasnya dan campurkan sos yang telah dibuat

8. gaulkan campuran dengan sos sehingga rata dan siap untuk dihidangkan


selamat mencuba

Sunday 3 May 2015

pancake inggeris klasik

pancake inggeris klasik

bahan-bahan

tepung gandum-1 1/2 cawan

baking powder-3 1/2 sudu teh

garam-secukup rasa

gula-secukup rasa

susu cair-1 1/4 cawan

telur-1biji

butter cairkan-3 sudu teh

cara-cara


1. gunakan bekas yang besar gaulkan tepung,baking powder,garam dan gula

2. selepas sebati buatkan lubang untuk campur susu cair,telur dan butter.gaul sebati

3.panas kan kuali dengan api sederhana

4. tungkan campuran dalam kuali(saya tuangkan 1/4 cawan setiap kali)
goreng sehingga masak kekuningan sikit

5. siap dihidang ikutlah kreativiti anda untuk menghias

tips

sedap dimakan dengan kaya, mentega ,kacang,jem dan madu

KETAM KAM HEONG MELETOP


ketam kamhiong meletop
Bahan-bahan
ketam-1kg
5 ulas bawang putih-dikisar@dipotong halus
udang kering
serbuk kari
3 tangkai daun kari
5-7 biji cili padi-dihiris
sos tiram
lada hitam
garam
gula
cara-cara

1. goreng ketam sehingga masak

2. tumis bawang putih sehingga kekuningan

3.tambahkan udang kering-goreng sehingga masak

4. masukkan daun kari,serbuk kari dan cili padi

5. masukkan sos tiram dan lada hitam-gaul sebati

6.masukkan ketam dan kacau sehingga rata

7. tambahkan garam dan gula-secukup rasa

8. tambahkan air-jika terlalu kering

9. ok siap untuk dihidang

selamat mencuba

Saturday 2 May 2015

KERAPU TIGA RASA RESIPI TERBARU


KERAPU TIGA RASA RESIPI TERBARU


bahan-bahan

ikan kerapu-sederhana besar

1 biji bawang merah

1biji bawang besar

3 ulas bawang putih

3-5biji cili merah

3-7biji cili padi

2 sudu besar cili giling/boh

2 biji tomato

2-3 keping nanas dalam tin

sos tiram

sos tomato

sos ikan

tepung jagung

serbuk kunyit

garm gula air


cara-cara


menyediakan ikan

1. bersihkan ikan

2. perap dengan garam dan tepung jagung

3. gorengkan ikan sehingga masak.

4. letakkan di pinggaan


menyediakan kuah@sos

1. tumis bawang putih,bawang besar bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau

2. masukkan cili merah,cili padi dan cili giling-tumis sekejap

3.masukkan nanas dan tomato

4. masukkan sos ikan,sos tomato dan tepung jagung(dibancuh dengan air)

5.tambahkan garam dan gula-secukup rasa

6.kacau sehingga rata(sekiranya terlalu kering tambah sedikit air)

7.tuangkan pada ikan yang telah siap digoreng tadi


selamat mencuba

Friday 1 May 2015

udang butter @ butter prawn original


Bahan-bahan(untuk udang)
 
Udang 1/2 kilo-nak kopek kulit@buang kepala je pon boleh(ikut kreativiti)

Susu cair-suku cawan(50ml)

Bawang putih-3-4 biji(di kisar@dicincang halus-halus)

Cili padi-dihiris

Cili kering-potong kecil-kecil(kalau taknak pon boleh)

Daun kari-2 tangkai

Garam secukup rasa

Yang penting Butter


Cara-cara

1. Goreng udang guna minyak biasa sehingga berubah warna(nasak).Jangan masak lama sangat sebab udang segar akan kehilangan manisnya tak pun nanti jadi keras@liat.Lepas tu angkat udang.

2. Buangkan minyak tukar butter untuk menumis bawang putih,daun kari,cili kering dan cilipadi.Tumis sampai kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan susu cair(susu segar pun boleh).masak sekejap.

4. Masukkan udang

5.Tambah garam secukuo rasa.tapi sesetengah butter memang ada campuran garam

6. Gaul rata pastu angkat letak di pinggan

7. Part ni yang payah sikit nak buat butter dia @floss



Bahan-bahan

Kuning telur-2-3biji

Minyak masak-3/4 cawan

Butter-3 sudu besar

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan butter

2. Sambil tu kacaukan kuning telur

3. Ok bila minyak dah panas kacaukan laju dalam bentuk bulatan(sehala)

4. Lepas tu tuangkan kuning telur perlahan-lahan biar jatuh halus
Teruskan kacau minyak secara bulatan sehingga masak(bole minta tolong kalau susah)

5. tapis minyak

6. Tabur atas udang yang dah siap digoreng tadi

ok itulah tips dan cara membuat butter prawn ni..Agak mencabar.tapi kenalah cuba dan usaha
ni lepas cubaan saya yang ke-3.kali dah taw dan bolehlah berpuas hati

selamat mencuba