Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Sup Tulang Istimewa




SUP TULANG ISTIMEWA


Bahan-bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng


Bahan Dikisar halus:

8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia



Bahan untuk tumis:

4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Cara Penyediaan:

1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.

2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus - hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam - tumis selama 3-4 minit. 

4. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.

5. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. 

6. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.

7. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

selamat mencuba

Sunday, 1 February 2015

Sambal Daging




SAMBAL DAGING

Bahan-bahan:

1/2 kilo daging - dipotong mengikut selera anda
1 sudu besar serbuk kunyit
15 biji cili padi - dikisar

1 biji bwg besar - dihiris kasar.
Garam
Air
Minyak 


Cara Penyediaan:

1. Bersihkan daging dan gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.

2. Panaskan minyak.Masukkan daging. Tambahkan juga sedikit air - masak sehingga daging menjadi empuk dan asingkan

3. Tumiskan cili - sehingga pecah minyak

4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris - tumis sehingga bawang besar menjadi layu dan cili masak

5. Perasakan sambal dengan garam dan gula dan masukkn daging yang telah digoreng tadi - gaul sehingga rata

6. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Wednesday, 28 January 2015

Daging Palembang


DAGING PALEMBANG



Bahan-bahan



700 gram daging - potong lebar dan nipis

2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis 
1sb sos tiram
minyak 
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga




Bahan kisar



1 labu bawang besar
5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

3 cm lengkuas
2 sudu makan cili boh 






Cara penyediaan



1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar,kulit kayu manis,bunga lawang bunga cengkih,buah pelaga bersama serai sehingga pecah minyak. 


2. Masukkan daging dan gaul sebati - masak dengan api sederhana sehingga air dari daging keluar



3. Masukkan kicap dan sos tiram dan diikuti dengan santan -  masak hingga daging empuk.

 (Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat)


4. Perasakan dengan garam

5. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Monday, 26 January 2015

Gulai Daging Bryani


GULAI DAGING BRIYANI

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu - dipotong
3 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato - dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair



Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah



Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis



Cara Penyediaan:

1. Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis - tumis hingga naik bau. 

3. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

6. Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 13 January 2015

Begedil Daging



BEGEDIL DAGING

bahan-bahan

-500gm daging kisar
-1 kg kentang kuning
-10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng sehingga garing
-5 ulas bawang putih - dihiris dan digoreng sehingga garing
-garam - secukup rasa
-2 biji telur - dipukul


cara penyediaan

1. kentang potong kecil dan goreng - sehingga masak

2. lenyekkan kentang sehingga lumat

 3. campurkan semua bahan kecuali telur - gaul hingga sebati

4. bentukkan adunan - bulat dan di leperkan

5. celupkan aduanan kedalam telur - celup keseluruhan

6. goreng hingga kekuningan

7. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday, 20 December 2014

Gulai Daging Batang Pisang Utara


GULAI BATANG PISANG UTARA

bahan-bahan

- 500g daging - dipotong kiub

- 500gm embulur batang pisang - potong dalam 1 inci dan dibuang benangnya (selepas potong terus direndam dalam air untuk elakkan batang pisang menjadi lebam)

-1 cawan santan pekat

- 1 cawan air

- 1 sudu makan kerisik

- 1 peket rempah kari(yang kecil) - di bancuh dengan 1/3 cawan santan

- 2 pelepah daun kari

1 inci halia - dikisar

- 3 ulas bawang putih - dikisar

- 1 biji bawang besar - dikisar


cara penyediaan

1. Tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia didalam periuk - sehingga naik bau

2. masukkan daun kari, rempah kari yang dicampurkan dengan sedikit santan.- tumis sehingga naik minyak

3. masukkan daging dan digaul rata - masak seketika

4. masukkan santan,air,batang pisang  dan kerisik - masak sehingga daging empuk

5. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Sunday, 30 November 2014

Gulai Daging Bersama Rebung



GULAI DAGING BERSAMA REBUNG

bahan-bahan
-300gm rebung-dihiris
-1/2 kg daging-dicincang atau dihiris 
-5 sudu makan tempah kari daging
-1 mangkuk santan
-3 cawan air
-2 biji bawang besar-di hiris
-3 ulas bawang putih-dihiris
-1 inci halia-dihiris
-3 kuntum bunga cengkih
-2 kuntum bunga lawang
-1 sudu teh jintan manis
-1 batang kayu manis
-2 tangkai daun kari

cara penyediaan
1.panaskan minyak di kuali dan tumiskan bunga lawang,cengkih kayu manis,jintan manis dan daun kari-sehingga naik bau

2.masukkan bawang besar,bawang putih,dan halia-terus tumis sehingga bawang menjadi kekuningan

3.masukkan rempah kari daging dan sedikit air,tumis sehingga rempah masak dan sedikit pekat

4. masukkan daging-masak seketika

5.masukkan santan dan air-masak sehingga mendidih

6.masukkan rebung-masak dengan api yang perlahan dan masak sehingga daging empuk dan tambahkan garam secukup rasa

setelah daging empuk matikan api dan bolehlah anda menjamu selera

selamat mencuba


Saturday, 29 November 2014

DAGING MASAK BLACKPEPER KICAP



DAGING MASAK BLACKPEPER KICAP

bahan-bahan
-600 gram daging_dihiris
-10 sudu makan kicap masin
-1 1/2 biji bawang besar(di potong bulat)
-2 biji cili besar(di potong serong)
-1 inci halia(dikisar)
-1 sudu makan blackpeper(ditumbuk halus)
-3 ulas bawang putih-(dikisar)
-1 biji bawang besar(dikisar)

cara penyediaan
1-peramkan daging dengan blackpeper,bawang putih,bawang besar yang telah dikisar dan halia-perapkan sekurangnya 1/2 jam
2-panaskan minyak dan tumis daging dan bahan perap tadi-tumis sehingga daging masak
3-masukkan sedikit air-2-3 cawan
4-masukkan bawang merah yang dihiris dan cili besar
5-perasakan dengan garam
6-masak sehingga bawang menjadi sedikit layu dan kuah menjadi agak kering
7-siap untuk dihidangkan

ok selamat mencuba