Wednesday 31 December 2014

Kuih Lapis Cara Lama



KUIH LAPIS

bahan-bahan

Loyang 7 inci
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula

1/4 sudu teh garam
pewarna merah



cara penyediaan

1. Didihkan air dalam periuk kukus.

2. Sementara itu, balut loyang dengan kertas aluminium.

3. Masukkan 1 sudu teh minyak masak ke dalam loyang dan oles rata. Tujuannya supaya kuih tidak melekat. 

4. Masukkan semua bahan kecuali pewarna merah ke dalam mangkuk dan kacau rata.

5. Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Tujuan dikisarsupaya tepung tidak bergentel.

5. Bahagi dua adunan tepung tadi. 

6. Satu bahagian dimasukkan pewarna merah. Kacau rata.

7. Masukkan loyang ke dalam pengukus. Masukkan 1 senduk sayur adunan berwarna putih. Ratakan. Masak selama 2 minit.

8. Masukkan pula 1 senduk sayur adunan merah. Ratakan. Masak selama 2 minit.

9. Buatlah selapis demi selapis hingga adunan tepung habis.

10. Lapisan terakhir dimasak selama 20 minit.

11.Keluarkan loyang dari periuk kukus dan sejukkan, baru dipotong dan dihidangkan

selamat mencubs

BUBUR SOM-SOM




BUBUR SOM-SOM

Bahan-bahan

- 1 cawan tepung beras

- 1 cawan tepung jagung
- 5 helai daun pandan - dipotong pendek2 dan dikisar dengan 100 ml air. Ditapis dan diambil pati pandannya.
- 400 ml santan pekat + 1200 ml air (apa yg saya buat ialah menjadikan air pandan + santan + air = 1700 ml)
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna hijau



cara penyediaan


1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.

2. Nyalakan api. Kacau sentiasa sehingga menggelegak dan bubur nampak berkilat.

3. Masukkan ke dalam mangkuk atau acuan yang digemari. Sejukkan.

4. Hidangkan bersama air gula merah


SIRAP GULA MERAH/ GULA MELAKA

Bahan-bahannya:

500 g gula merah / gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan – simpulkan


cara penyediaan

1. Campurkan semua bahan.

2. Masak atas api hingga gula merah larut. Tapiskan dan sejukkan

Tuesday 30 December 2014

Kuih Cara Manis



KUIH CARA MANIS

bahan-bahan

Bahan-Bahan A:

- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan santan pekat

- 1 biji telur
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 1/2 cawan air daun pandan (dari 4 helai daun pandan yg dikisar dan ditapis)
- Sedikit garam
- Pewarna hijau


Bahan B: (Untuk Inti)

- Gula pasir - lebih kurang 1/3 sudu teh bagi setiap kuih cara



Bahan C:
 (Untuk sapuan pada dasar loyang)

 1 helai daun pandan - diikat dan dikoyak-koyakkan.
Sedikit minyak masak



cara penyediaan

1. Blend semua bahan A.

2. Panaskan loyang. Guna api yang paling perlahan.

3. Sapu dasar loyang dengan minyak. Pastikan tiada minyak yang bertakung pada dasar loyang.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 3/4 penuh. (Jangan penuh-penuh sangat)

5. Bila dasar adunan dah nampak masak, masukkan gula pasir.

5. Tutup loyang dengan penutup periuk. Biarkan kuih cara masak sepenuhnya
 ( tiada lagi cecair tepung di atasnya).

6. Keluarkan kuih cara dari loyang. Pasang-pasangkan.

7.Ulang langkah 3 - 7 hingga adunan habis.

8. siap untuk dihidangkan.

selamat mencuba

Ayam Paprik



AYAM PAPRIK

bahan-bahan

4 ketul ayam - dihiris kecil

2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air


cara penyediaan


Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.

Masukkan air. Masak hingga mendidih.

Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

Tutup api dan hidangkan

Kuih Lompang




KUIH LOMPANG

bahan-bahan


Bahan A:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
1 cawan air


Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah

1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Bahan C: (Dikukus sebentar)
1 cawan kelapa parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul


cara penyediaan

1.Masak bahan B hingga semua gula larut. Sejukkan.

2.Didihkan air kukusan. Kukus Bahan C sebentar.

3.Campur semua bahan A. Gaul rata.

4.Masukkan bahan B yang sudah disejukkan. Gaul sebati. Tapis.

5.sapu sedikit minyak pada semua acuan kuih lompang.

6.Tuang adunan ke dalam acuan. 

7.Kukus selama 10 minit. Kuih akan membentuk lompang di tengah-tengahnya.

8.Sejukkan.Keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut.

9.Hidangkan.

Monday 29 December 2014

Kuih Ketayap



KUIH KETAYAP

bahan-bahan

Untuk Kulit:

- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
-3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sdt garam
- 2 sdm minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau

Bahan Inti

- 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
- 3/4 cawan gula merah
-1/2 sdt garam
- 2 helai daun pandan - disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sdm tepung gandum



cara penyediaan

penyediaan inti

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan - Masak hingga gula larut.

2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum - Kacau rata. 
(Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

4.Sejukkan inti.



penyediaan kulit

1. Kisarkan daun pandan dengan blender - tapis dan ambil airnya

2. Masukkan kesemua bahan ke bekas dan gaulkan adunan sehingga sebati

3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.

4. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. 

5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan ratakan
(biarkan kulit masak,tak perlu diterbalikkan)

6. Setelah selesai memasak kulit, ambil 1 sudu inti dan letakkan di atas kulit dan gulungkan
7. Setelah selesai menggulung bolehlah dihidangkan

selamat mencuba


Puding Caramel



PUDING CARAMEL

bahan-bahan

-5 - 7 sudu makan gula
- 10 biji telur

- 1 tin susu sejat
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu teh esen vanila

cara penyediaan

1. cairkan gula dengan menggunakan loyang - panaskan dengan api yang perlahan sehingga keperangan (sentiasa dikacau supaya rata)

2. Ratakan gula yang telah cair dipermukaan loyang dan biarkan gula mengeras

3. Campurkan susu sejat,susu pekat,telur dan esen vanila kedalam blender - blend hingga sebati 
(tak perlu hingga kembang)

4. masukkan susu yang telah diblend kan tadi ke dalam loyang yang berisi gula yang telah mengeras.

5. kukus selama 30-40 minit

6. siap untuk dihidangkan

sebelum dihidangkan kedalam pinggan sejukkan dulu puding supaya tidak hancur

selamat mencuba

Sunday 28 December 2014

Kuih Getok/Cucur Ubi Kayu..



KUIH GETOK

bahan-bahan

- 1biji ubi rebus - dilenyek hingga hancur
- 1/2 biji kelapa parut
- 3 sudu makan gula pasir
-1 senduk tepung gandum
- garam - secukup rasa
- Air secukupnya

cara penyediaan

1. Campurkan ubi,kelapa parut,gula dan sedikit garam - gaulkan hingga rata

2. Gumpal-gumpal sehingga menjadi bentuk bulat - saiz ikut citarasa anda dan ketepikan

3.  campurkan tepung gandum,garam dan air - gaul hingga rata
( kepekatan sama macam tepung goreng pisang)

4. Celupkan bebola ubi tadi ke dalam tepung dan gorengkan - hingga keuningan
(gunakan api sederhana)

5. Angkat dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Popia Sosej


POPIA SOSEJ

bahan-bahan

- 6 batang sosej 
- 3 sd mkn sos cili
- 3 sd mkn sos tomato
- 1/2 sd teh garam
- 2 sd teh gula
- 6 keping kulit popia
- Minyak masak

cara penyediaan


1. rebuskan sosej - sehingga sosej masak

2. Panaskan 2 sudu makan dan tumis sos cili dan sos tomato.

3. Masukkan secubit garam dan gula.

4. Masukkan sosej - digaul rata

5. Bentangkan kulit popia. Masukkan sebiji sosej dan sedikit kuahnya - Balut dengan kemas
(ulang sehingga sosej habis)

6. Gorengkan sosej yang telah dibalut - goreng sehingga kekuningan

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday 27 December 2014

Ayam Tomato



AYAM TOMATO

bahan-bahan

-1 ekor ayam - digaram kunyit dan digoreng hingga masak
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 2 biji bawang besar - dihiris bulat
- 4 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan kicap manis

- 2 biji tomato - dibelah 4
- 1 sudu teh cuka makan
- 1 batang serai - dititik
- 1 cawan air
-sedikit serbuk perasa

- garam


Bahan Tumbuk Lumat:

- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia


cara penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bahan tumbuk dan serai - hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, - tumis hingga pecah minyak

4. Masukkan kicap, sos tomato dan air - Biarkan mendidih.

5. Masukkan bawang besar, ayam goreng. - Masak hingga kuahnya agak pekat.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa - Kacau rata.

7. Masukkan buah tomato - Gaul rata. 

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba

Laksa Kedah


LAKSA KEDAH

bahan-bahan

- 2 bungkus laksa - dibasuh dan dicelur dalamair yang mendidih
10 ekor ikan kembung
-10 ekor ikan selayang (Ikan sardin)
-18 - 20 keping asam gelugor
- 15 biji bebola ikan - dibelah dua 
- 1 ikat daun kesom
- 3 kuntum bunga kantan
- Garam - secukup rasa

bahan yang dikisar

- 2 biji bawang besar
- 3 inci belacan bakar
- 4 sudu makan cili kering kisar


bahan tambahan(untuk ulam)

-1 ikat daun selom - di hiris
- 1 biji timun - dihiris mancis
- Daun salad - dihiris
- 20 biji cili padi - dipotong bulat
- 4 biji bawang besar - dimayang nipis
- Telur - dibelah dua
- Limau Kasturi - dibelah dua


cara penyediaan

1. Bersihkan ikan dan asingkan kepala dan ekor 

2. Rebuskan ikan bersama air - air yang digunakan sama paras dengan ikan.

3. Masukkan 10 keping asam gelugor - Rebus sehingga ikan masak

4. Asingkan isi ikan dan tulang dan blend isi ikan - blenderkan isi ikan bersama air ( lebih kurang 3/4 penuh blender)

5. Tapiskan air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi

6. Masukkan bahan kisar (A) ke dalam periuk.

7. Tambahkan air kedalam periuk - saya sukat guna blender (3/4 blender)

8. Masukkan 8 keping asam gelugor. - masak hingga mendidih

9. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan fishball. - Masak hingga mendidih.

10. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

11. Tutup api (kuah dah siap)

cara menghidang

1. masukkan laksa ke dalam mangkuk - kuantiti mengikut selera anda

2. Masukkan bahan ulam - ikut selera anda juga tapi limau tu 1/2 biji dah ok kot, kalau kurang masam boleh guna sebiji

3. Tuangkan kuah diatasnya.

4. Silalah menjamu selera

selamat mencuba