Showing posts with label tradisional. Show all posts
Showing posts with label tradisional. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Sup Tulang Istimewa




SUP TULANG ISTIMEWA


Bahan-bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng


Bahan Dikisar halus:

8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia



Bahan untuk tumis:

4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Cara Penyediaan:

1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.

2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus - hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam - tumis selama 3-4 minit. 

4. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.

5. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. 

6. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.

7. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

selamat mencuba

Sunday, 25 January 2015

Sotong Sumbat Pulut



SOTONG SUMBAT PULUT

Bahan-bahan:

500 gram sotong

1 cawan beras pulut - direndam selama sejam
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji Bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
 3 sudu cili kering yang telah dikisar
3 sudu cili sos
2 sudu kicap sos ABC
1 kotak santan



Cara Penyediaan:


1. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong. 

2. tumiskan bawang besar yang dihiris - sehingga kekuningan

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga naik minyak.

4. Selepas itu masukkan santan dan biarkan mendidih.

5. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras pulut tadi.-Tutup kuali supaya beras pulut tadi cepat masak.

6. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 13 January 2015

Begedil Daging



BEGEDIL DAGING

bahan-bahan

-500gm daging kisar
-1 kg kentang kuning
-10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng sehingga garing
-5 ulas bawang putih - dihiris dan digoreng sehingga garing
-garam - secukup rasa
-2 biji telur - dipukul


cara penyediaan

1. kentang potong kecil dan goreng - sehingga masak

2. lenyekkan kentang sehingga lumat

 3. campurkan semua bahan kecuali telur - gaul hingga sebati

4. bentukkan adunan - bulat dan di leperkan

5. celupkan aduanan kedalam telur - celup keseluruhan

6. goreng hingga kekuningan

7. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Friday, 9 January 2015

Kerabu Sotong




  KERABU SOTONG
Bahan-Bahannya:

2 ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dihiris ½ cm tebal
50 sen suun – direndam hingga lembut, dipotong dua inci panjang
2  cawan air
 ½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 biji limau nipis 

Bahan Hiris:

1 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 batang bunga kantan
1 biji tomato – dibuang biji
4 biji cili api
1 pokok daun sup


Cara-caranya:

1. Didihkan 2 cawan air. Celur sotong selama 5 minit. Sejatkan airnya.

2. Didihkan semula air rebusan sotong tadi. Masukkan sun sebentar. Sejatkan.

3.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

4. Hidangkan.

selamat mencuba

  

Puding Kastard Jagung



PUDING JAGUNG BERKUAH KASTARD

Bahan-Bahan Untuk Puding Jagung:

1 cawan tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2  1/2 cawan air



Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan di dalam periuk - Kacau rata.

2. Masak di atas api sambil sentiasa dikacau - hingga puding likat dan berkilat.

3. Masukkan ke dalam acuan, Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.


Bahan-Bahan Untuk Kuah Kastard:

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
2 gelas air
7      sudu besar gula

Cara-Caranya:

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk - Kacau sebati
.
2. Masak di atas api sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih.

3. Padam api. Sejukkan.

4. Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard dan sedikit buahan campuran


Thursday, 8 January 2015

Ayam Ungkep



AYAM UNGKEP

Bahan-Bahannya:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 biji kentang - belah 4
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 sudu makan asam jawa + semangkuk air
3 sudu makan rempah kari daging - campur sedikit air untuk dijadikan paste... 


Bahan Tumbuk Lumat / Kisar:

1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
 2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:


 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. 

2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang - tumis sehingga wangi

3. Masukkan bahan tumbuk - tumis hingga wangi.

4. Masukkan paste kari - Tumis hingga terbit minyak.

5. Masukkan ayam. Gaul rata. Tutup periuk sebentar supaya ayam sedikit empuk

6. Masukkan air asam jawa. 

7. Masukkan kentang - masak dengan api yang sederhana dan periuk ditutup

8. Tambahkan garan dan perasa dan masak sehingga ayam menjadi empuk

9. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday, 3 January 2015

Kek Pandan Kukus



KEK PANDAN KUKUS

bahan-bahan

- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur

- 1 cawan gula
- 1cawan minyak masak
- 1/4 cawan air daun pandan - (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya)

cara penyediaan

1.  Didihkan air kukusan.

2.  Sambil menunggu air kukusan mendidih, ayak tepung gandum dan baking powder - Ketepikan.

3.  Kisar telur, gula, minyak masak dan air pandan menggunakan speed maksimum hingga kembang. (lebih kurang 10 - 15 minit).

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikisar menggunakan speed paling perlahan sehingga sebati.

5.   Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak . Masukkan adunan tadi.

6.  Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. (Pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.)

7.   Bila kek sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.

8. Sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba

Sambal Tumis Sotong



SAMBAL TUMIS SOTONG

bahan-bahan

- 600 g sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
- 1/2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
- garam
- serbuk perasa


bahan kisar

- 10 biji cili api
- 5 hingga 7 sudu besar cili kering yang telah dikisar
- 3 ulas bawang putih
-1 biji bawang besar


cara penyediaan

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali - Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.

2. Masukkan air asam jawa - Tumis lagi hingga kuahnya kering dan naik minyak.

3.  Masukkan sotong, bawang besar, garam dan serbuk perasa - Kacau hingga rata. Masak hingga bawang layu dan sotong masak. (Jangan masak lama-lama, nanti sotong jadi liat).

4. Tutup api dan hidangkan.

selamat mencuba

Apam Labu



APAM LABU

bahan-bahan

Bahan A

- 3 sudu makan tepung gandum

- 2 sudu teh yis segera (mauripan)
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu makan air suam


Bahan B:


- 240 gram labu kuning - direbus hingga empuk
- 150 gram gula
- 1 biji telur

- 150 ml santan pekat

BahanC: 
(Diayak Bersama)


- 200 gram tepung gandum

- 1 sudu teh baking powder

BahanD:
 (digaul rata dan dikukus sebentar)


- Sesenduk kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
- Sedikit garam


cara penyediaan

1.  Campur Bahan A di dalam mangkuk kecil. Kacau sebati dan biarkan adunan selama 5 - 10 minit.

2.  Campur semua Bahan B di dalam blender. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan.

3.  Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. 

4. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk adunan dan dikacau hingga rata. Tutup mangkuk adunan. Perapkan selama 1 jam. 

5.  Didihkan air kukusan. Balut tudung kukus.

6.   Tuang adunan apam ke dalam acuan atau loyang yang sudah dioles dengan sedikit minyak masak. 

7.  Kukus hingga masak.(selama 15 - 20 minit)

8    Hidangkan bersama-sama kelapa parut tadi

selamat mencuba

Thursday, 1 January 2015

TEPUNG BUNGKUS


Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

cara penyediaan(inti)

   1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.

2.  Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

3.   Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

4.  Sejukkan inti.

cara penyediaan tepung



1. Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.


2.  Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan



3. Letakkan dua inti yang telah dibulat-bulatkan.




4. Kemudian bungkuslah adunan tepung dan susun di dalam pengukus dan kukus kuih selama 15 - 20 minit.


5. Sejukkan dan siap untuk dihiidangkan

selamat mencuba