AYAM UNGKEP
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 biji kentang - belah 4
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 sudu makan asam jawa + semangkuk air
3 sudu makan rempah kari daging - campur sedikit air untuk
dijadikan paste...
Bahan Tumbuk Lumat / Kisar:
1 sudu makan
jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam
periuk.
2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang - tumis sehingga wangi
3. Masukkan bahan tumbuk - tumis hingga
wangi.
4. Masukkan paste kari - Tumis hingga
terbit minyak.
5. Masukkan ayam. Gaul rata. Tutup
periuk sebentar supaya ayam sedikit empuk
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan kentang - masak dengan api yang sederhana dan periuk ditutup
8. Tambahkan garan dan perasa dan masak sehingga ayam menjadi empuk
9. Siap untuk dihidangkan
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment