Thursday, 1 January 2015

RENDANG UDANG PEDAS



RENDANG UDANG PEDAS


Bahan-Bahan
600g udang saiz besar/sederhana besar
5 sudu makan cili kering kisar
1 mangkuk santan
1 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut
garam
serbuk perasa

Bahan Kisar:

3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara penyediaan

1. Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali

2. Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
3. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja.
4.Tutup api dan hidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment