Wednesday, 14 January 2015

Acar Buah



ACAR BUAH

Bahan-bahan :

 4 biji nipis/kasturijeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
 20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi – warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
Setengah botoll kecil cuka putih 2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap kisar
2 sudu serbuk ketumbar
 1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih sedikit bijan goreng
5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
 1 cawan minyak untuk menumis

cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris - sehingga wangi.

2. masukkan cili kisar - tumis sehingga pecah minyak

3.  masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih

4.  masukkan gula dan cuka - tumis sehingga gula larut dan pekat

5. Masukkan buah-buahan serta bawang - tumis hingga semua larut dan sebati


6. Taburkan bijan goreng

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment