APAM LABU
bahan-bahan
Bahan
A
- 3
sudu makan tepung gandum
- 2 sudu teh yis segera (mauripan)
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu makan air suam
Bahan
B:
- 240 gram labu kuning - direbus hingga empuk
- 150 gram gula
- 1 biji telur
- 150 ml santan
pekat
BahanC:
(Diayak Bersama)
- 200 gram
tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
BahanD:
(digaul rata dan dikukus sebentar)
- Sesenduk kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
- Sedikit garam
- Sedikit garam
cara penyediaan
1. Campur Bahan A di dalam mangkuk
kecil. Kacau sebati dan biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Campur semua Bahan B di dalam
blender. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk
adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk
adunan dan dikacau hingga rata. Tutup mangkuk adunan. Perapkan selama 1
jam.
5. Didihkan air kukusan. Balut tudung
kukus.
6. Tuang adunan apam ke dalam acuan
atau loyang yang sudah dioles dengan sedikit minyak masak.
7. Kukus hingga masak.(selama 15 - 20
minit)
8 Hidangkan bersama-sama kelapa parut
tadi
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment