DAGING PALEMBANG
Bahan-bahan
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis
1sb sos tiram
minyak
3 cm kulit kayu manis
minyak
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 sudu makan cili boh
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan
kisar,kulit kayu manis,bunga lawang bunga cengkih,buah pelaga bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan
gaul sebati - masak dengan api sederhana sehingga air dari daging keluar
3. Masukkan kicap dan sos tiram dan diikuti dengan
santan - masak hingga daging empuk.
(Kacau sekali-sekala sehingga
masak dan kuah menjadi pekat)
4. Perasakan dengan garam
5. Siap untuk dihidangkan
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment