Tuesday, 20 January 2015

Agar cendol gula Melaka



Agar cendol gula Melaka

Bahan-bahan:

 1 peket agar-agar
1 cawan air4 cawan cendol
1 cawan gula pasir
 3/4 cawan gula merah
 4 biji telur
3 cawan santan

Cara menyediakan:

1. Rebus agar-agar bersama 1 cawan air dan gula pasir.

 2. Cairkan gula merah bersama sedikit air dan dicampur ke dalam santan

3. Pukul telur dan  campurkan dalam santan 

4. Kacau rata dan masukkan santan ke dalam rebusan agar-agar

 5. Asingkan kepada 2 adunan, satu campur cendol, satu lagi campur gula merah

 6. Stelah lapisan pertama agak keras (cendol dan santan) masukan lapisan kedua (sebatian gula merah dan santan)


 8. sejukkan di dalam peti sejuk - sehingga beku

9. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment