Showing posts with label barat. Show all posts
Showing posts with label barat. Show all posts

Sunday, 22 March 2015

Pancake Bakar



PANCAKE BAKAR

bahan-bahan

- 3 sudu besar mentega
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu
- 2 biji telur - dipukul
- 1 sudu besar gula
- garam - secukup rasa
-

cara penyediaan

1. panaskan oven (220 darjah C)

2. letakkan mentega didalam dulang (saya guna yang 9 inci) - panaskan sehingga mentega cair

3. gaulkan tepung,telur,gula,susu dan garam di dalam manguk - gaulkan sebati

4. masukkan adunan tepung ke dalam mentega yang telah dicairkan

5. masukkan adunan ke dalam oven sehingga keperangan ( lebih kurang 20 minit)

6. hidangkan bersama jus lemon atau madu

selamat mencuba

Thursday, 1 January 2015

Muffin Labu



MUFFIN LABU

Bahan-bahan

Bahan A: (Diayak sekali)

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
1 cawan labu yang sudah direbus sehingga empuk dan dilecek
1 cawan gula
1cawan minyak masak
2 biji telur
Secubit garam


cara penyediaan

1. Pukul telur dan gula  hingga kembang.


2. Masukkan minyak, labu dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan bahan tepung. Gaul hingga sebati..  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang diletakkan di dalam acuan muffin. 

4  Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit (atau hingga muffin masak)

5. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday, 2 December 2014

Sosej Roll



SOSEJ ROLL

bahan-bahan

- 10 batang sosej

- 3 sudu besar sos tomato 

- 3 sudu besar sos cili

-1 sudu besar gula

- 2 biji telur - dipukul

- 10 keping roti

- 10 keping chees

- serbuk roti

cara penyediaan

1- Rebuskan sosej sehingga masak

2- Masakkan sos tomato,sos cili dan gula dengan sedikit minyak-msak sehingga sos menjadi likat

3- Gaulkan sosej dengan sos tadi

4- gelekkan roti hingga menjadi nipis dan lapiskan dengan cheese 

5- letakkan 1 batang sosej dan gulungkan roti

6- Sapukan telur pada hujung roti supaya gulungan tidak terbuka(Ulangkan proses 4-6 sehingga sosej habis)

7- Celupkan hasil gulungan tadi dengan telur dan sadurkan dengan serbuk roti

8- Goreng sehingga roti kekuningan

9- Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday, 29 November 2014

KEK SPAN


KEK SPAN

bahan-bahan
-5 biji telur
-1 sudu kecil ovalette
-1 sudu kecil esen vanila
-300gm tepung gandum
-300 gram gula halus
-250ml susu segar
--1/2 sudu kecil baking powder
-garam secukup rasa
-pewarna(coco,pandan,vanila,strawbery dan blueberry)

cara penyediaan
1-masukkan telur ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan yang tinggi(hingga kembang)
2-campurkan gula ke dalam telur tadi dan kacaukan(sehingga sebati)
3-masukka tepung dan susu sedikit demi sedikit(gunakan kelajuan yang perlaha)
4-asingkan adunan kepada 6 bahagian
5-masukkan pewarna yang berasingan pada setiap bahagian(bahagian koko 2 bahagian)
6-masukkan lapisan pertama(koko)pada loyang dan kukus selama 10 minit
7-masukkan 4 bahagian yang berwarna lain secara berselang(kukuskan lagi 10 minit)
8-masukkan bahagian kedua koko dan kukus lagi 10 minit atau sehingga masak
9-siap untuk dihidangkan


*lapisan yang mengandungi 4 warna adalah lapisan yang sama

selamat mencuba

Friday, 28 November 2014

SPAGHETI CENDAWAN



SPAGHETTI CENDAWAN

bahan-bahan

-extra virgin olive oil
-1/3 bungkus spageti
 -1 biji bawang besar(dipotong dadu)
-1/2 bungkus ayam kisar/daging kisar
-cendawan butang(yang dalam tin)kalau cendawan terlalu besar kena potiong sikit
-3/4 tin sos cendawan prego
-oregano
-cheddar cheese
-garam secukup rasa

cara penyediaan
1.rebuskan spageti dan toskan
2.tumiskan bawang besar dengan olive oil
3.masukkan daging kisar-masak sehingga daging masak
4.masukkan cendawan butang
5.masukkan sos prego
6.perasakan dengan garam
7.tambahkan sedikit air jika terlalu pekat
8.masukkan orengano dan cheddar cheese(gaul dan masak sehingga chesse menjadi larut)

semasa menghidang baru tuangkan kuah diatas spageti yang telah ditoskan tadi

selamat mencuba