Resepi Lockching @ Satay Ikan Thai
Bahan-Bahan:
250 gm isi ikan selayang (mentah) –
dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
1/2 biji bawang besar – dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
1/2 biji bawang besar – dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas –
Cili kering secukupnya – kisar lumat
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula atau secukupnya
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula atau secukupnya
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja
Cara Membuat:
Buat Lockching –
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang
besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan
bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan
bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng
sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
Tip: kalau adunan terlalu lembik,
tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.
Buat Sos –
1. Tumiskan bawang putih dalam
periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
2. Masukkan gula, garam, serbuk
perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna
pink. Kacau.
3. Masukkan tepung kanji yang telah
dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
4.Untuk jadikan sos pedas,tambahkan
lada burung dalam masakan diatas.
No comments:
Post a Comment