Saturday 31 January 2015

Ketam Masam Manis



KETAM MASAM MANIS



Bahan-bahan:

2 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
3 sudu bsr cili sos 
1/4 cwn cili kering - dikisar
2 sudu bsr sos tiram
2 bj bwg besar - dihiris
sedikit air
5 helai daun limau purut
sedikit minyak
1 sudu besar serbuk  kunyit
serbuk lada hitam - secukup rasa
garam - secukup rasa
gula- secukup rasa



Bahan hiris:

1 inci halia
3 ulas bawang putih


Cara Penyediaan:

 1. Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam,serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.

2. Panaskan minyak.Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.

3. Tumiskan bahan hiris - tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kering - tumis sehingga pecah minyak

5. masukkan sos tiram daun limau purut dan sos cili. - gaul sehingga rata

6. Masukkan air, garam gula serta sedikit perasa.

7.  Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata

8. Masukkan bawang besar - masak sehingga bawang layu 

9. tutup api dan sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba

Friday 30 January 2015

Ayam Madu Pedas



AYAM MADU PEDAS

Bahan-bahan

- 1 ekor ayam - diperap dengan 1/2 inci halia tumbuk dan 1 sudu besar madu
- 3 labu bawang merah - dihiris
- 3 labu bawang putih - dihiris

- 1 sudu kecil serbuk kari 
- 2 mangkuk santan pekat
- 10 tangkai cili kering - dikisar
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- garam dan gula secukupnya
-1/2 inci halia ditumbuk
- 1 sudu besar madu

Cara:

1.  Ayam yang diperap dipanggang sampai masak. Sementara itu, panaskan kuali dan tuangkan minyak secukupnya. 

2. Tumis bawang hiris sampai wangi, masukkan pula cili kisar. Setelah cili garing, masukkan santan, sos tiram, sos tomato, madu, halia tumbuk, garam dan gula -  Masak sampai pekat. 

3. Curahkan ke atas ayam yang dipanggang tadi

4. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Wednesday 28 January 2015

Daging Palembang


DAGING PALEMBANG



Bahan-bahan



700 gram daging - potong lebar dan nipis

2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis 
1sb sos tiram
minyak 
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga




Bahan kisar



1 labu bawang besar
5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

3 cm lengkuas
2 sudu makan cili boh 






Cara penyediaan



1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar,kulit kayu manis,bunga lawang bunga cengkih,buah pelaga bersama serai sehingga pecah minyak. 


2. Masukkan daging dan gaul sebati - masak dengan api sederhana sehingga air dari daging keluar



3. Masukkan kicap dan sos tiram dan diikuti dengan santan -  masak hingga daging empuk.

 (Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat)


4. Perasakan dengan garam

5. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Tuesday 27 January 2015

Ayam Kerutuk



Ayam Masak Kerutuk

bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong 16 

4 sudu besar rempah kerutuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 serai - dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis
bunga lawang
garam dan gula
semangkuk santan

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih

sedikit halia


Cara Penyediaan

1. tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis - tumis sehingga naik bau

2. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air - kacau rata 

3. masukkan ayam serta sedikit santan - Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.

4. masukkan serai dan baki santan, kerisik, asam keping,

5. Perasakan dengan garam dan gula

6. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Monday 26 January 2015

Gulai Daging Bryani


GULAI DAGING BRIYANI

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu - dipotong
3 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato - dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair



Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah



Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis



Cara Penyediaan:

1. Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis - tumis hingga naik bau. 

3. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

6. Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Nasi Tomato





Nasi Tomato  



Bahan-bahan


3 cawan beras basmati - cuci dan rendam selama 30 minit 
1 camca besar pes tomato 
2 camca besar sos tomato 
2 camca besar minyak sapi 

1 biji bawang besar - dihiris 

2 ulas bawang putih - dicincang 

1 inci halia - dititik 
1 helai daun pandan - dikat dan disimpul 
3 1/2 cawan air 
1 cawan susu rendah lemak atau susu cair 
Garam secukup rasa 
1 batang kayu manis 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawang 




cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. 

2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan  - sehingga naik wangi.

3. Masukkan pes tomato dan tomato sos - Kacau dengan rata.

4. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5. Apabila bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit. 
6. Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

7. Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

8. Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering. 

9. Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

10. Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut. 

Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain

selamat mencuba

Sunday 25 January 2015

Ayam Masak Ungkep (Jawa)



AYAM MASAK UNGKEP

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi 

Bahan tumis:
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan



1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia yang dihiris nipis - sehingga garing.

3. masukkan bahan yang telah dikisar -  Tumis sehingga naik minyak.

4. masukkan ayam. tumis seketika

5. Masukkan air, serai yang telah diketuk - kacau seketika

 6. Masukkan garam secukup rasa. 

7. Masak sehinggaayam menjadi empuk dan kuah menjadi pekat

8. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Sotong Sumbat Pulut



SOTONG SUMBAT PULUT

Bahan-bahan:

500 gram sotong

1 cawan beras pulut - direndam selama sejam
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji Bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
 3 sudu cili kering yang telah dikisar
3 sudu cili sos
2 sudu kicap sos ABC
1 kotak santan



Cara Penyediaan:


1. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong. 

2. tumiskan bawang besar yang dihiris - sehingga kekuningan

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga naik minyak.

4. Selepas itu masukkan santan dan biarkan mendidih.

5. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras pulut tadi.-Tutup kuali supaya beras pulut tadi cepat masak.

6. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Thursday 22 January 2015

Kek Batik Coklat


KEK BATIK COKLAT RINGKAS

Bahan-bahan:

- 200gm millo 
- 250gm butter/marjerin
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis
- biskut marie secukupnya





Cara-cara menyediakan:

1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga hancur.

2. Kemudian masukkan serbuk koko - Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Setelah pekat ,padamkan api.

3. Susun biskut marie di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk). 

4. Lapis dengan adunan coklat, susu biskut marie - sendukkan adunan coklat
(Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis)

5. Siap dan biarkan sehingga beku

6. Potong dan hidangkan.

selamat mencuba

Wednesday 21 January 2015

Bubur Pulut Hitam


Bubur pulut hitam

Bahan- bahan:

 - 250 gram beras pulut hitam 
- 4 cawan  santan
 - 4 sudu besar gula merah
 - 2 sudu besar gula pasir
- 2 helai daun pandan diiat dan simpulkan
- Secubit garam
 - Air secukupnya


Cara menyediakan:

1. Rebus beras pulut hitam bersama daun pandan hingga separuh empuk- gunakan api sederhana.

 2. Kemudian masukkan santan diikuti dengan garam,gula merah dan gula pasir.

3. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih

4. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba