Tuesday, 6 January 2015

BUTTERMILK PANCAKE GEBU



BUTTERMILK PANCAKE GEBU

Bahan-Bahannya:

- 1 cawan buttermilk
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar gula
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh garam

Cara Membuat Buttermilk:

1. Campurkan 1 cawan susu segar/ susu fullcream Dutch Lady dan 1 sudu besar cuka makan. Kacau rata. Rehatkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara-cara Membuat Pancake:


1.  Masukkan mentega, gula dan telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau dengan laju menggunakan wisker sehingga sebati.


2. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan buttermilk. - Kacau rata
Rehatkan selama 5 minit.

3. Setelah adunan direhatkan - gorengkan aduanan dengan non stick pan - goreng hingga masak

selamat mencuba

pancake ini boleh dimakan begitu sahaja atau bersama jem kegemaran anda atau bersama madu

No comments:

Post a Comment