Friday, 9 January 2015

Sotong Goreng Tepung




SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-bahannya:

3 ekor sotong – dibersihkan, dipotong bulat setebal ½ cm, dicelur dalam air mendidih
 1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk perasa
2 cawan air


Bahan-Bahan Tepung Di Ayak Sekali:

1 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung ubi/tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)



Cara-caranya:

1. Masukkan bahan-bahan tepung yang sudah diayak ke dalam mangkuk.

2.   Campurkan garam dan serbuk perasa.

3.    Masukkan air sedikit demi sedikit - digaul sebati

4. Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung.

5.    Goreng dalam minyak (deep fry) - hingga kekuningan.


7.  Siap untuk dihidangkan 


selamat mencuba

No comments:

Post a Comment