Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

Puding Roti


PUDING ROTI

bahan-bahan
- 5 keping roti
- 1 tin susu cair
- 5 sudu susu pekat
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji telur
- 3 sudu makan butter-di cairkan
- 1 peket kecil agar-agar
- 5 sudu gula
- 4 cawan air
- pewarna-ikut kesukaan anda
- garam-secukup rasa

cara penyediaan

1.renehkan agar dan guna bersama air-renehkan sehingga larut

2.blenderkan roti,susu cair,susu pekat,esen vanila dan garam

3.masukkan hasil yang telah di blendkan tadi kedalam agar-agar yang sedang di masak - gaul hingga mendidih

4.masukkan butter dan gaul hingga rata

5.asingkan kepada beberapa bahagian-mengikut berapa pewarna yang anda sediakan

6.masukkan bahan yang telah disimpan pewarna secara berselang-seli

7-setalah selesai susun sejukkan

8-setelah sejuk dan kering bolehlah anda menjamu selera

selamat mencuba

Monday, 19 January 2015

Lengkong Buahan


 LENGKONG BUAHAN

bahan-bahan

10 gram agar-agar serbuk agar-agar
3 cawan air
1 biji buah kiwi dipotong dadu
1 biji buah pear kuning dibuang kulit dan  potong dadu
2 potong tembikai susu dipotong dadu
 1 cawan yogurt  tanpa perisa
1 cawan gula

Cara penyediaan:

 1 Tuangkan air,serbuk agar-agar dan gula - Didihkan.

2. Kemudian masukkan yogurt - Matikan api

 3  Tuangkan buah-buahan.

 4 Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan

5. Biarkan sehingga sejuk

6. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Sunday, 18 January 2015

Agar-agar kelapa


AGAR-AGAR KELAPA

bahan-bahan

500 ml air kelapa dan isi kelapa
400 ml air biasa 1 cawan gula halus
15 gram serbuk agar agar
buah-buhan untuk hiasan(optional) - mengikut citarasa anda
Secubit garam

 Cara penyediaan:

1. Masak air, gula, serbuk agar dan  air kelapa hingga mendidih.

2. Masukkan dalam bekas biar sejuk,simpan dalam peti ais

3. Hiaskan dengan buah-buahan dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday, 3 January 2015

Muffin Pisang



MUFFIN PISANG

Bahan A: (Diayak sekali)

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Bahan B:

1 cawan pisang yang dilecek
1 cawan gula perang
1cawan minyak masak
2 biji telur
Secubit garam
Coklat rice/ bauh-buahan campuran (pilihan)


cara penyediaan

1.   Pukul telur dan gula perang hingga kembang.

2.   Masukkan minyak, pisang dan garam. Gaul hingga sebati.

3.  Masukkan bahan tepung. Gaul hingga sebati.

4.  Masukkan buah-buahan campuran. Gaul sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang diletakkan di dalam acuan muffin.

6.  Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit (atau hingga muffin masak).

7.   Hidangkan

selamat mencuba

Kek Pandan Kukus



KEK PANDAN KUKUS

bahan-bahan

- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur

- 1 cawan gula
- 1cawan minyak masak
- 1/4 cawan air daun pandan - (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya)

cara penyediaan

1.  Didihkan air kukusan.

2.  Sambil menunggu air kukusan mendidih, ayak tepung gandum dan baking powder - Ketepikan.

3.  Kisar telur, gula, minyak masak dan air pandan menggunakan speed maksimum hingga kembang. (lebih kurang 10 - 15 minit).

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikisar menggunakan speed paling perlahan sehingga sebati.

5.   Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak . Masukkan adunan tadi.

6.  Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. (Pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.)

7.   Bila kek sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.

8. Sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba

Apam Labu



APAM LABU

bahan-bahan

Bahan A

- 3 sudu makan tepung gandum

- 2 sudu teh yis segera (mauripan)
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu makan air suam


Bahan B:


- 240 gram labu kuning - direbus hingga empuk
- 150 gram gula
- 1 biji telur

- 150 ml santan pekat

BahanC: 
(Diayak Bersama)


- 200 gram tepung gandum

- 1 sudu teh baking powder

BahanD:
 (digaul rata dan dikukus sebentar)


- Sesenduk kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
- Sedikit garam


cara penyediaan

1.  Campur Bahan A di dalam mangkuk kecil. Kacau sebati dan biarkan adunan selama 5 - 10 minit.

2.  Campur semua Bahan B di dalam blender. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan.

3.  Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. 

4. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk adunan dan dikacau hingga rata. Tutup mangkuk adunan. Perapkan selama 1 jam. 

5.  Didihkan air kukusan. Balut tudung kukus.

6.   Tuang adunan apam ke dalam acuan atau loyang yang sudah dioles dengan sedikit minyak masak. 

7.  Kukus hingga masak.(selama 15 - 20 minit)

8    Hidangkan bersama-sama kelapa parut tadi

selamat mencuba

Friday, 2 January 2015

Cucur Kentang


POTATO FRITTERS (CUCUR KENTANG)

Bahan-bahan

3 biji kenatng - dikupas dan disagat halus
1 pokok daun bawang - dipotong halus
3 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh lada sulah
1 1/2 sudu teh garam
3 cawan minyak - untuk menggoreng



cara penyediaan

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan daun bawang ke dalam kentang yang telah disagat. Gaul rata.

Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata menggunakan garfu.
Tuangkan telur ke dalam bekas kentang. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak di dalam kuali. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan kentang ke dalam kuali. (Goreng terendam).

Goreng hingga keperangan.

Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

selamat mencuba

Thursday, 1 January 2015

Muffin Labu



MUFFIN LABU

Bahan-bahan

Bahan A: (Diayak sekali)

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
1 cawan labu yang sudah direbus sehingga empuk dan dilecek
1 cawan gula
1cawan minyak masak
2 biji telur
Secubit garam


cara penyediaan

1. Pukul telur dan gula  hingga kembang.


2. Masukkan minyak, labu dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan bahan tepung. Gaul hingga sebati..  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang diletakkan di dalam acuan muffin. 

4  Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit (atau hingga muffin masak)

5. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

TEPUNG BUNGKUS


Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

cara penyediaan(inti)

   1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.

2.  Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

3.   Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

4.  Sejukkan inti.

cara penyediaan tepung



1. Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.


2.  Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan



3. Letakkan dua inti yang telah dibulat-bulatkan.




4. Kemudian bungkuslah adunan tepung dan susun di dalam pengukus dan kukus kuih selama 15 - 20 minit.


5. Sejukkan dan siap untuk dihiidangkan

selamat mencuba