Wednesday 25 February 2015

Kari Kepala Ikan Sihat



Kari kepala ikan sihat

Bahan-bahan: 

1/2 kg kepala ikan 
2 biji bawang besar (dikisar)
6 biji bawang putih (dikisar) 
2  biji bawang merah (dihiris)
3  biji bawang putih (dihiris)
2  biji tomato (dibelah 6)
2  biji bawang besar (dihiris)
3  paket rempah kari ikan
1  sudu besar halba campur
3  tangkai daun kari
2  biji cili hijau (dibelah)
10 biji kacang bendi
Garam secukup rasa 
Asam jawa secukup rasa 

Cara memasak: 


1. Masukkan rempah, bawang merah dan bawang putih yang dikisar dalam satu bekas dan gaulkan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris - sehingga kekuningan

3. masukkan daun kari dan halba campur - tumiskan lagi sehingga naik bau

4. masukkan campuran rempah tadi.


5. Masukkan air, garam, air asam jawa dan bawang besar yang dihiris - masak sehingga mendidih

6. masukkan kepala ikan - masak sehingga kepala ikan masak dengan menggunkan api yang perlahan

7. masukkan tomato dan cili besar - masak seketika

8. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Kurma Hati Ayam


Bahan-bahan:


1/2 kilo hati ayam 
3 sudu besr serbuk rempah kurma 
1/4 cawan air
 Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit perasa 
Sedikit serbuk lada hitam 
Sedikit perahan limau kasturi
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. bersihkan hati ayam dan perapkan dengan jus limau - lebih kurang 5 minit dan toskan

2. Gaul hati yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dan gorengkan hati ayam. - goreng sehingga garing

4. Gaul serbuk rempah kurma dengan sedikit air  dan tumiskan - tumis sehingga terbit minyak 

5. Masukkan garan dan serbuk lada hitam - gaulkan sehingga rata

6. Masukkan hati ayam yang telah digireng tadi dan sedikit jus limau- gaul sehingga rata

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Kuah Pindang Bersantan



Pindang Bersantan

Bahan:


600 gm ikan tenggiri/tongkol
6 biji cili merah - dikisar
sedikit  lengkuas - dikisar
sedikit halia - dikisar
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu makan ketumbar serbuk
1/2 sudu makan kunyit serbuk
1 keping asam gelugor
1 mangkuk santan
minyak
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan

1. Bersihkan ikan dan dipotong mengikut citarasa anda dan perapkan ikan bersama garam

2. Gorengkan ikan sehingga garing

3. tumiskan bahan yang digiling hingga garing.

4. masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula secukupnya - masak sehingga mendidih

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan biarkan seketika.

6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Saturday 21 February 2015

Ikan Goreng Kerabu Mangga




 Ikan Goreng Kerabu Mangga 





Bahan A:

1 ekor ikan kerapu/siakap
1 biji telur1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan serbuk perasa
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan lada sulah



Bahan B:

1 cawan tepung jagung


Bahan C:

1/2 cawan sos plum
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
Gula dan perasa secukup rasa

Bahan D: (dimayang)

1 biji mangga muda1 biji cili merah
500 gm lobak merah
1 biji bawang besar
500 gm daun ketumbar




Cara Penyediaan


1. Gaulkan ikan dengan bahan A hingga sebati.

2.  Kemudian lumur dengan bahan B hingga rata.

3.  Selepas itu goreng ikan hingga masak. 

4. Satukan bahan C dan D dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. 

5. Masukkan ikan yang digoreng dalam pinggan dan taburkan bahan C dan D yang digaul atas ikan. 

6. Sedia dihidangkan.

Seafood 3 Rasa




Seafood 3 rasa


Bahan-bahan:

2 ekor sotong saiz sederhana - dipotong membulat
20 ekor udang saiz sederhana

200 gm isi kerang
200 gm isi kupang
2 biji bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dihiris halus
5 biji cili padi – dicincang
4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang
Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis
2 sudu besar cuka
5 sudu besar sos Thai @ sos biasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Goreng seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.

3. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

4. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.

5. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. 

6. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

7. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Friday 20 February 2015

Sotong Masak Cendawan



Sotong Masak Cendawan 



Bahan:
1 kg sotong (dibersihkan dibuang kepala dan dibelah memanjang di tengah2)
1 mangkuk cendawan tiram (dihiris)
biji lada benggala (dipotong dadu) 
1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
3 ulas bawang putih (dicincang)
 1 mangkuk stok ayam 
2 sudu tepung jagung (dicairkan dengan sedikit air masak
sedikit lada hitam
sedikit garam


Cara Penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih -  hingga naik bau.

2.  Masukkan sotong dan cendawan - masak dengan api sederhana.

 3. masukkan stok ayam dan tepung jagung - Biarkan kuah memekat seketika.

4.  masukkan lada benggala - masak sehingga lada empuk 

5. Perasakan dengan garam dan lada hitam

6. Siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Sayur Butter



Bahan-bahan:

Jagung Muda - dihiris
Kacang Peas - dihiris
Lobak Merah - dihiris

Cendawan Butang - dihiris
Bawang Putih - dihiris
Halia - dihiris
Mentega
Garam
Lada Hitam

Cara penyediaan


1. Masukkan 2 sudu mentega di kuali yang sederhana panas.
2.  masukkan bawang putih telah dicincang dan halia yang di potong halus. - sehingga naik bau.
3. masukkan air setengah cawan dan masukkan semua sayuran - masak dalm 2-3 minit
4. Masukkan garam & lada hitam yang telah - dikisar secukup rasa 
5. Siap untuk dihidangkan

selamamt mencuba


Udang Goreng Mantop



Udang Goreng Mantop

Bahan 1 


500 g udang 
2 biji telur 
3 sudu tepung jagung 

garam 
lada hitam 
minyak 

Bahan 2 

5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
6 sudu sos cili 
2 sudu sos cili thai 
2 sudu sos tomato 
2 sudu sos tiram 
2 biji telur (dipukul) 
Gula 
Garam 

Cara Penyediaan


1. Gaulkan semua bahan 1.

2. goreng udang hingga masak - asingkan

3. tumis bawang merah dan bawang putih - sehingga garing, 

4. masukkan semua jenins sos dan sedikit air.- masak sehingga mendidih

5,  Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

6. masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata. 

7. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

Wednesday 18 February 2015

Nasi Ayam Mantap






Nasi ayam

Bahan-bahan untuk nasi:

- 1/2 cawan marjerin
- 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
- 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
- 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
- 1 cm kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
- 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan ditoskan
- 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam



Cara-cara:

1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.

2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. 

3. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.

4. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi maak


Cara menyediakan ayam:-

bahan-bahan

- 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
- Garam
- Lada hitam yang baru dikisar
- 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
- 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
- 2 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar marjerin


Cara-cara:
1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.

2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.

3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.



penyediaan sos

bahan-bahan

- 5 - 6 biji cili merah
- 1 kiub pati ayam
- 2 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- garam dan gula secukup rasa
- 2 inci halia - diketuk


Cara-cara:
1. Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. 

2. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

selamat mencuba



Sambal Kerang Mama



sambal kerang mama

Bahan-bahan:

200 gm isi kerang



Bahan untuk di kisar(bahan A)

3 senduk cili kisar
5 biji bwg kecil
sebijik bwg merah sederhana.
5-6 ulas bawang putih
sedikit halia



Bahan-bahan lain:

1 biji bawang kuning hiris bulat2
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci belacan
1 batang serai di titik
sedikit santan
perahan jus asam jawa
sedikit sos tiram
sos cili
sos tomato



Cara Penyediaan:

Kerang dibersihkan, dan dicelur seketika di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya.

Kisar bahan A.

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan

Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak.

Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.

Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah, jangan terlalu kering.

Rasa dan matikan api. Sedia dihidangkan

Monday 16 February 2015

Daging Masak Asam





Daging masak asam

Bahan-bahan:

1 kg daging
6 ulas bawang putih*
6 ulasbawang merah*
3 cm halia*
satu cawan air asam jawa
2 sudu besar kicap
sedikit sos tiram
2 sudu kecil lada hitam
daun bawang


Cara Penyediaan:

1. Potong halus bahan *.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan *.

3. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak.

4. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa.

5. Kacau sehingga daging masak dan lembut.

6. Hiaskan dengan daun bawang.





Saturday 14 February 2015

Ayam Goreng Madu


Ayam goreng madu

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
kicap manis
2 sudu besar madu

Bahan kisar:

2 cm kunyit
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 btg serai


Cara penyediaan:

Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.

Goreng sehingga ayam masak/keperangan.-Toskan. 

Gaulkan sekali lagi bersama madu.

 Sedia untuk dimakan




selamat mencuba