Seafood 3 rasa
Bahan-bahan:
2 ekor sotong saiz sederhana - dipotong membulat
20 ekor udang saiz sederhana
200 gm isi kerang
200 gm isi kupang
2 biji bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dihiris halus
5 biji cili padi – dicincang
4 tangkai cili merah – dibuang biji dan
dicincang
Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis
2 sudu besar cuka
5 sudu besar sos Thai @ sos biasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Goreng seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat
dan ketepikan.
3. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang
putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau
sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
5. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood
yang telah digoreng tadi.
6. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam
dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment