Monday, 2 February 2015

Kari Ayam Ala Mama




Kari Ayam Mamak

Bahan A (untuk tumis): 

4 ulas bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana – dihiris dan ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 ½ inci halia – ditumbuk

1 batang serai – dititik
1½ inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan B (untuk pes): 

3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu besar serbuk cili
(Satukan semua bahan di atas dan digaul dengan air untuk dijadikan pes)

Bahan C

1 biji buah tomato – dipotong dadu kecil
3 – 4 biji kentang – dipotong dadu besar
2 biji cili hijau
10 – 12 ketul daging ayam 
Minyak untuk menggoreng ayam
Garam, gula, dan serbuk perasa sekiranya suka
Air secukupnya untuk kuah mengikut kuantiti ayam.

Cara Penyediaan

1. Perapkan ayam dengan garam dan kunyit dan gorengkan ayam - sehingga separuh masak

2. tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.

3.  Masukkan pes dan kacau sebati - tumis pes sehingga menjagi sedikit garing

4. Selepas itu masukkan ubi kentang dan buah tomato yang dipotong dadu dan kacau seketika. 

5. Masukkan pula ayam dan tambahkan air secukupnya - untuk kuah dan kacau rata.

6. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.

7. Masak sehingga kuah mendidih dan ubi kentang empuk.Setelah kuah agak pekat, bolehlah ditutup api.

8. Masukkan cili hijau dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment