Saturday, 21 February 2015

Ikan Goreng Kerabu Mangga




 Ikan Goreng Kerabu Mangga 





Bahan A:

1 ekor ikan kerapu/siakap
1 biji telur1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan serbuk perasa
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan lada sulah



Bahan B:

1 cawan tepung jagung


Bahan C:

1/2 cawan sos plum
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
Gula dan perasa secukup rasa

Bahan D: (dimayang)

1 biji mangga muda1 biji cili merah
500 gm lobak merah
1 biji bawang besar
500 gm daun ketumbar




Cara Penyediaan


1. Gaulkan ikan dengan bahan A hingga sebati.

2.  Kemudian lumur dengan bahan B hingga rata.

3.  Selepas itu goreng ikan hingga masak. 

4. Satukan bahan C dan D dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. 

5. Masukkan ikan yang digoreng dalam pinggan dan taburkan bahan C dan D yang digaul atas ikan. 

6. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment