KUIH LAPIS
bahan-bahan
Loyang 7 inci
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
pewarna merah
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
pewarna merah
cara penyediaan
1. Didihkan
air dalam periuk kukus.
2. Sementara
itu, balut loyang dengan kertas aluminium.
3. Masukkan
1 sudu teh minyak masak ke dalam loyang dan oles rata. Tujuannya supaya kuih
tidak melekat.
4. Masukkan
semua bahan kecuali pewarna merah ke dalam mangkuk dan kacau rata.
5. Kemudian
masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Tujuan dikisarsupaya
tepung tidak bergentel.
5. Bahagi
dua adunan tepung tadi.
6. Satu
bahagian dimasukkan pewarna merah. Kacau rata.
7. Masukkan
loyang ke dalam pengukus. Masukkan 1 senduk sayur adunan berwarna putih.
Ratakan. Masak selama 2 minit.
8. Masukkan
pula 1 senduk sayur adunan merah. Ratakan. Masak selama 2 minit.
9. Buatlah
selapis demi selapis hingga adunan tepung habis.
10. Lapisan
terakhir dimasak selama 20 minit.
11.Keluarkan
loyang dari periuk kukus dan sejukkan, baru dipotong dan dihidangkan
selamat mencubs
No comments:
Post a Comment