Thursday 25 December 2014

Durian Creepe


DURIAN CREEPE

Tadi saya pergi ke pasaraya tetiba ternampak lak buah durian(yang dah siap di kopek), Pelik gak macam mana bole ade durian masa ni,Durian peram kot..Tak kisahlah,Sebab dah terliur sangat saya belilah,Teringat lak Durian creepe,Jadi mula lah proses durian creep

bahan-bahan

- 2 sudu besar tepung pau
- 2 sudu besar tepung ubi kayu- 2 sudu besar tepung kastard- 2 sudu besar tepung jagung- 2 sudu besar tepung kentang- 4 sudu besar tepung naik sendiri- 1 1/2 sudu besar gula castor- 2 biji kuning telur- 1 penutup esen vanila- 1/2 tin susu cair- 1 sudu kecil garam- Air- 3 sudu besar mentega yang dicairkan- 1 sudu teh pewarna kuning lemon
- 1 cawan fresh cream - diputar hingga kental


bahan untuk inti

- Isi durian yang telah dibuang biji


cara penyediaan kulit(creepe)

1- Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender
Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.

2- blend hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. )

3- Selepas sejam, keluarkan dan tambahkan mentega dan pewarna - blend lagi sehingga rata

4- Panaskan kuali(non stick pan) dan masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya creepe tidak telalu tebal - gunakan api yang perlahan dan tak perlu terbalikkan
( setiap kali goreng saya hanya gunakan lebih kurang 1/2 cawan dan gorengkan 1 per satu sehingga adunan habis)

cara penyediaan durian creep
(ada saya letakkan gambar di bahagian bawah hehe)

1. setelah kulit siap di goreng bentangkan kulit daiatas alas

2. letakkan sedikit(1 lapisan) krim di bahagian tengah

3. letakkan durian diatas krim - saya letak 1 1/2 sudu

4. letakkan lagi krim diatas durian tadi - 1 lapis

5. lipatkan creepe - ikutlah bentuk tang anda suka 
(saya punya bentuk petak je)

6. siapkan lipatan sehingga habis creepe atau habis durian atau habis cream..

7. siap lipat bolehlah anda jamu selera

jom tengok cara nak susun krim dan durian






No comments:

Post a Comment