Sunday 14 December 2014

AisKrim Apam


AISKRIM APAM

bahan-bahan

- 3 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 2 cawan gula
- 1 cawan minuman aiskrim soda(tin)
- 1 sudu makan ovalete
- pewarna dan perasa (ikut citarasa anda)

bahan untuk topping

-coklat masakan
- coklat rice

cara penyediaan

1- pukul telur sehingga kembang(putih dan gebu)

2- masukkan ovalette dan gula- pukul sehingga sebati

3- bahagikan kepada beberapa bahagian - untuk ditambah pewarna

4- bentukkan kertas menjadi kon dan didirikan di dalam cawan dan masukkan adunan (masukkan 2/3 kon sahaja)

5-  masukkan kon-kon yang masih berdiri di dalam cawan ke atas periuk kukus

6- kukus selama 15-20 minit - angkat dan biarkan sejuk

7- cairkan coklat dan tuangkan diatas apam dan taburkan coklat - biarkan coklat menjadi beku dan siap untuk dihidangkan

*senasa kukus gunakan 3 tingkat,tingkat pertama dan kedua diarkan kosong dan gunakan tingkat ketiga untuk kukus supaya kertas kon tak basah


ok selamat mencuba

1 comment: