Friday, 5 December 2014

Siakap Rebus Sedap



SIAKAP REBUS SEDAP

bahan-bahan

-1 ekor ikan siakap-saiz sederhana
- 3 biji bawang putih - dihiris
- 1 biji bawang besar - dihiris@dipotong bulat
- 6 biji cili padi- dihiris @ di cuci sahaja
-1 inci halia-dihiris
-1 batang serai - diketuk
-1 biji limau jeruk
- daun sup dan daun bawang
- garam - secukup rasa

cara penyediaan

1. didihkan air di dalam kuali- agak-agak dapat rendam seekor ikan

2- setelah mendidih masukkan bawang putih,bawang besar,halia,serai dan cili-biarkan mendidih seketika

3. masukkan jeruk limau dan ikan siakap yang telah dibersihkan

4. perasakan dengan garam dan tutupkan kuali dengan penutup lebih kurang 10 minit atau hingga ikan masak

5. taburkan dengan daun sup dan daun bawang

6. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment