Saturday, 6 December 2014

Siakap 3 Rasa



SIAKAP 3 RASA

bahan-bahan

-1 ekor ikan siakap - bersaiz sederhana
-1 biji bawang besar - dipotong dadu
- 2 batang serai - dihiris
- 1 inci halia - dihiris halus
- 7 biji cili padi - dihiris halus
- 2 biji cili besar - dihiris
- 2 helai daun limau purut - dihiris
-3 sudu makan sos cili
- 3 sudu sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- garam dan gula
- jus limau nipis

cara penyediaan

1. gorengkan ikan sehingga masak dan garing

2. tumiskan semua bahan yang dihiris sehingga naik bau

3, masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram - tumiskan sehingga pecah minyak

4. masukkan garam,gula dan jus limau nipis - kacau sehingga rata

5. masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering

6. tuangkan ke atas ikan dan taburkan sedikit daun bawang atau bawang goreng

7. siap untuk dihidangkan

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment