Saturday, 28 November 2015

resepi membuat pecal @ gado-gado



Bahan-Bahan:

Isi Pecal –

Kangkung dicelur
Pucuk Paku dicelur
Pucuk Ubi dicelur
Kacang Panjang dicelur
Sengkuang potong kecil
Tauhu Basah digoreng dan dipotong
Meehoon dicelur
Timun potong kecil

Kuah Pecal –

Kacang Tanah
Belacan
Lada Kering
Udang Kering
Halia dan limau kasturi
Perasa seperti garam dan gula
Bawang (putih, besar dan kecil)
Air

Cara Membuat:

1. Bahan isi pecal mudah disediakan, hanya celur dan toskan.

2. Untuk membuat kuahnya pula, semua bahan-bahan kuah perlu digoreng dahulu dan dikisar.

3. Sebelum itu kisar kacang dahulu berasingan dengan bahan lain. Kisar kacang dengan air sehingga halus.

4. Masukkan kacang kisar dalam mangkuk dan kisar pula bahan-bahan lain seperti bawang, halia, belacan, udang kering dan lada kering yang digoreng tadi.

5. Campur bahan tadi bersama kacang yang di blend kacau dan tambah perasa seperti garam dan gula. Jika kuah agak pekat, tambah air panas dan kacau.

6. Potong limau kasturi dan perahkan ke dalam kuah dan kacau.

9. Bila kuah sudah siap, hidangkan bersama bahan-bahan yang sudah dicelur tadi.


Thursday, 12 November 2015

Resepi Lockching



Resepi Lockching @ Satay Ikan Thai

Bahan-Bahan:

250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
1/2 biji bawang besar – dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas –

Cili kering secukupnya – kisar lumat
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula atau secukupnya
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja

Cara Membuat:

Buat Lockching –

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat

3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.

4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
Tip: kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.

Buat Sos –

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.

2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.

3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

4.Untuk jadikan sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan diatas.