Sunday, 22 March 2015

Pudding kelapa tapioca



Pudding kelapa tapioca

Bahan-bahan
-1 cawan ubi kayu – dipotong kiub
- 2 cawan santan
-1 cawan air
- gula secukup rasa
-  80 gm gula Melaka
- 2 helai daun pandan
- beberapa hirisan pisang
- 1 sudu bijan
- beberapa hirisan manga
- beberapa hirisan nanas(yang dalam tin)
- sagu(optional)

Cara penyediaan

1. bersihkan ubi kayu dan rebuskan sehingga lembut

2. campurkan santan,gula,air dan daun pandan didalam periuk dan panaskan(menggunakan api perlahan) – sehingga gula mencair

3. masukkan ubi kayu dan gaulkan pelahan dan matikan api

4. masukkan pisang dan letakkan pudding di dalam peti sejuk supaya sejuk

5. masukkan gula Melaka dan sedikit air ke dalam periuk dan masak sehingga gula menjadi cair dan pekat

6. keluarkan pudding daripada peti sejuk dan tuangkan sedikit gula Melaka dan taburkan dengan sedikit bijan

7. siap untuk dihidangkan(hidangkan sejuk lagi sedap)


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment