Monday, 16 March 2015

Ayam Tandoori Arab



AYAM TANDOORI ARAB

bahan-bahan

-ayam - dibersihkan dan dipotong 8
- cengkih
- 5 biji cili kering
- 1/2 cawan yogurt asli
-bawang putih - dikisar
- 1 1/2 sudu serbuk cili
- 1 sudu kecil mentega
- 1 sudu halia yang telah dikisar
- garam - secukup rasa
- 1/2 sudu pewarna merah

cara penyediaan

1. Gaulkan yogurt,garam.pewarna,halia,bawang putih dan serbuk cili - gaulkan hingga sebati

2. letakkan ayam di dalam bekas dan perapkan bersama yogurt yang telah digauklan tadi - perapkan lebih kurang 1/2 jam (lebih lama lebih bagus)

3. letakkan ayam ke dalam foil bersama bahan perapan dan sapukan mentega di atas ayam

4. bakar selama 1/2 jam sehingga 45 minit

5. siap untuk dihidangkan - nak lebih sedap hidangkan perahkan lemon atau limau

 selamat mencuba

No comments:

Post a Comment