Sunday 12 April 2015

Ayam masak merah meletop



AYAM MASAK MERAH MELETOP

bahan-bahan
-  1/2 ekor ayam-potong mengikut selera anda
-  2 sudu besar cili kisar
-  3 biji bawang merah-dikisar
-  1 ulas bawang putih-dikisar
-  1 batang serai
-  1 batang kulit kayu manis
-  2 sudu besar sos cili
-  1/4 biji bawang besar dihiris kasar
-  1/2 biji tomato
-  1/2 cawan kacang peas
-  garam
§  gula
cara penyediaan

1.     Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3.     Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.

4.     Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment