Thursday 30 April 2015

AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA


AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA


Bahan-bahan
Ayam 1/2 ekor-potong ikut selera anda
1 biji bawang besar-dikisar@diblend
4ulas bawang putih-dikisar@diblend
2 biji lengkuasdikisar@diblend
2 biji haliadikisar@diblend
4 batang serai-dipotong memanjang dalam 1/2@1 inci
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu biji ketumbar
3-4 tangkai daun kari 
3 sudu serbuk kunyit
3 sudu serbuk cili
garam-secukup rasa
gula-secukup rasa 
Cara-cara
1. perapkan ayam dengan bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan serbuk cili.tambahkan garam dan gula secukup rasa
2. perap ayam lebih kurang 1-2 jam
3. gorengkan ayam sehingga masak-
4. gorengkan(tumiskan)bahan-bahan rempah jintan manis,jintan putih,biji ketumbar,daun kari dan serai
5. goreng sehingga kekuningan dan naik bau
6. angkat dan taburkan di atas ayam tadi
atau cara kedua 

1 .perapkan ayam dengan semua bahan

2. gorengkan ayam dengan rempah sekali

3. gorengkan ayam sehingga masak,

4. selepas angkat ayam angkat rempah menggunakan tapis atau toskan


remark*tengok-tengok rempah takut hangus lak
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment